Di Risik Hati Galau



Assalamualaikum. sekian lama tak update blog, dah berhabuk pab tengok blog nih. *asyik-asyik ulang ayat sama, otak dah berkarat. tak daq idea cheq nak letak ayat yang bombastik punya. hari ini pab mau kongsi pasal flashback kehidupan saya yang kemarin. hehe. flashback lah sangat kan.

Macam nih kisahnya . . .
2 hari lepas, seorang bekas guru sekolah menengah dulu hubungi pab. bukan maen panjang lagi kisah beliau nak bertanya khabaq cheq nih. yalah kan, cikgu tu boleh kira rapat gila lah dengan cheq dulu, cheq pun sayang sangat dengan beliau. tapi semasa cheq di tingkatan4, beliau pindah ke sekolah lain, at penisular, tempat asal beliau lah katakan. Uisshh, cheq apa lagi, suka punya tengok notification tu, terus baca la kisah nya yang boleh tahan panjang. Okay, dah sampai pertengahan kisahnya, cheq pun sudah mulai paham yang beliau ni nak kenen kan cheq dengan adik beliau. emm, cheq pun tak pasti, untuk adik dia atau untuk anak buah dia. kepala cheq dah pening macam lalat yang baru terlanggar dinding masa tuh, dah blurrrr....

Okay, kebetulan pulak masa cheq baca pm-private messege beliau tuh, beliau online pulak. Beliau hantar pm lagi bertanya, "macam mana? alahaii, cikgu ni sporting la zafirah. haha. kalau zafirah nak, nanti cikgu kenal kan." Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, tarik nafas panjang-panjang seket, dan hembussss....huuhhhhh.
cheq pun habaq kat beliau yang cheq ni umur masih muda, baru 21 kowt, huhu, perkara-perkara seperti ini cheq tak mau pikiaq lagi. cheq nak sambung belajar. cheq nak tolong umi dengan abi lagi, cheq nak tolong adik-adik, lagipun, cheq kan anak sulung, cheq tak mau pasang tanggungjawab lain lagi. hehe. tapi bukan ayat ni tau cheq bagi kat dia, ayat yang sopan dan tidak menyinggung beliau lah. 

Begitulah kisah nya flashback saya...
Kenapa lah saya pakai loghat utara nih. Orang utara kah apa. Okay, da berkarat sangat otek ni tak tahu nak bagi ayat ni menarik, pakai lah loghat orang utara. lain kali, guna loghat kelantan pulak deh...hehe. Babai~!


p/s : penggunaan loghat tidak berkaitan dengan orang-orang diatas. :)

2 comments:

  1. haa...dah kena risik tu, tak berminat pulak...huhu.

    ReplyDelete
  2. belum sampai masa orang kata...hoho

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih