Konvokesyen 2013 tinggal Kenangan



Assalamualaikum. penduduk bumi sekarang sihat2 tidak? Ni 'alien' dari planet Musytari nak bagi ubat kalau sakit. ~okeh, tidak lucu!

Pada hari ini bertarikh 29hb September 2013, (memandangkan dekat blog saya ni tidak di bagitahu pun tarikh, so kena bagitau), saya hendak memberitahu anda semua tentang cerita yang akan saya kisahkan menjadi sebuah bacaan yang mungkin akan jadi menarik. Yeyy! 

Idea kering tapi sudah kena hujan tadi, jadi, nak dijadikan cerita, saya pun demam. dan itulah kisahnya. Walaupun ini bukan kisah yang sebenar, tapi boleh jadi intro kepada para pembaca kan. ~adusshh, tak mengaku anak murid lah cikgu BM saya nih. hihi.

Tajuk hari ini, konvo tinggal kenangan. Kisah nya bermula begini.



Saya sudah habis belajar.


Beria-ia lah konon mau pergi konvo, tapi bila hari konvo lagi dua minggu,
bajet tidakkk cuukuupppppp......


Semua sudah prepare, termasuklah kasut buruk ni. Yalah, Kolej syaratkan kasut 
hanya warna gelap yang bertutup dan tumit tidak tinggi 
melebihi 2inci. *sangat menyedihkan.


banyak sebab lain lagi yang tidak mengizinkan saya pergi ke tanah kelantan tu lagi,
cehh, ayat minta puji lagi mengada-ngada!
Nampak gambar kartun yang tak berapa mau lawa tu, 
inilah kerja saya. Hari cuti melukis,
hari sekolah mengadap budak-budak riang~


Aipp, belom habis lagi ! perasan kan saya letak tajuk tu "Konvokesyen 2013". Itu maknanya saya nak sambung belajar lagi. So, tidak perlu sedih-sedih lah, konvo akan datang ada lagi. Konvokesyen 2013 tinggal kenangan jak lah.

p/s : sambung di UKM, insyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih