30 orang Pertama Islam



Jika kita tanya pelajar-pelajar sekolah yang arif pada sejarah mengenai orang pertama yang mencipta telefon, tentu dengan mudah mereka menjawab Alexander Graham Bell. Tapi jika kita tanya siapakah orang pertama yang menulis perkataan Bismillah? Tentu mereka terpinga-pinga, apatah lagi kita, kan?... Jom baca, sedikit perkongsian daripada rakan-rakan, saya taip balik bagi kamu baca. Actually, saya pun ada juga baru tahu...hehe.

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
  2. Orang yang pertama minum Air ZamZam : Nabi Ismail AS
  3. Orang yang pertama Berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim AS
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam AS
  6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar RA (Ibu Nabi Ismail AS)
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nagi Muhammad SAW
  8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam : Abu Bakar As-Siddiq RA
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh Hijrah : Umar Bin Al-Khattab RA
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan dalam Islam : Al-Hassan Bin Ali RA
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAAW : Thuwaibah RA
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam (lelaki) : Al-Harith Bin Al-Halah RA
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam (perempuan) : Sumayyah Binti Khabbat RA
  14. Orang yang pertama menulis Hadis didalam Kitab/Lembaran : Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash RA
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad Bin Abi Waqas RA
  16. Orang yang pertama menjadi Muazzin dan melaungkan Azan : Bilal Bin Rabah RA
  17. Orang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah SAW : Ali Bin Abi Thalib RA
  18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Rasulullah SAW : Tamim Ad-Darv RA
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az- Zubair Bin Al-Awwam RA
  20. Orang yang pertama menulis Sirah Nabi SAW : Ibban Bin Othman Bin Affan RA
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah Binti Khuwailid RA
  22. Orang yang pertama mengasaskan Usul Fiqh : Imam Syafi'e RH
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali Bin Abi Thalib RA
  24. Orang yang pertama menjadi Raja dalam Islam : Muawiyah Bin Abi Sufian RA
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun AR-Rasyid RH
  26. Orang yang pertama mengadakan Baitul Mal : Umar Al-Khattab RA
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Nabi SAW : Ali Bin Abi Thalib RA
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab Bin Umair RA
  30. Orang yang pertama masuk kedalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.


Sudah tahu kan... Haa, boleh lah buat teka-teki dengan kawan-kawan.



No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih