Pekerjaan Part-Time Saya


Assalamualaikum pembaca yang sangat baik hati hari ini. Terima Kasih kerana singgah lagi untuk memaksa otak anda memproses huruf-huruf yang terpapar di mata anda sekarang bagi memahami maksud yang hendak saya sampaikan hari ini.*dia ni melalut apa???

Pada kali ini, saya tiada niat untuk menjadi ustazah pilihan anda ataupun da'i yang hendak menyampaikan kata-kata untuk menyedarkan anda. Tapi sebenarnya hanyalah sekadar menarik minat anda untuk terus membaca dan melihat. *dah teruk sangat dah dia ni.

Okeh, ada rasa kepala mau pecah? atau rasa macam mau tumbuk bertubi-tubi ja blogger ni hari.*tengok tu, ayat pun dah terbalik! ~haha. Jangan lah  marah, nanti tak comel. Lagi mau marah? marah lah, saya tak kesah. Okeh. saya teruskan dengan tujuan sebenar saya menaip hari ini. Tayang gambar baru tuuu. Konon-konon lah action dengan budak-budak. Action penyayang yang tak berapa nak penyayang! Gambar dibawah ni adalah di sekolah umi saya. Jom tengok!



Aaaa...nampak tak tuh? dukung baby nak bagi nampak penyayang tu. Boleh jadi calon menantu pilihan tak?
hihi, gurau itu senda. senda itu gurau.~haha



Comel kan budak ni. kami panggil dia prince. sebab memang prince nama dia. prince amirul.
boboyot kan dia.



okeh, budak dua orang pakai baju sekolah tu anak murid saya. saya kelihatan gemookk lah!





Selepas mengajar budak-budak kecik, saya jaga budak-budak yang lebih kecik pulak.
camni lah kerja saya. jaga menjaga. macam babysitter.








Sementara saya menunggu tawaran sambung belajar, saya telah menghabiskan masa saya di sekolah umi saya. Best tak karangan BM saya kali ni? boring! boring! boring! nyesal baca! ayat tak menarik langsung! gambar dah lah tak lawa, kualiti pun huduh macam tuttttt! haa, ambek kau!

is sokey kalau kamu urang kumin macam tuh. hak pembaca dan saya hanya mampu tersenyum, dengan niat dan azam akan cuba perbaiki lagi. hee. peace yo! babai semua.


p/s : perkataan yang disengetkan tu adalah disengajakan. melayu mudah lupa, hihi!

Konvokesyen 2013 tinggal Kenangan



Assalamualaikum. penduduk bumi sekarang sihat2 tidak? Ni 'alien' dari planet Musytari nak bagi ubat kalau sakit. ~okeh, tidak lucu!

Pada hari ini bertarikh 29hb September 2013, (memandangkan dekat blog saya ni tidak di bagitahu pun tarikh, so kena bagitau), saya hendak memberitahu anda semua tentang cerita yang akan saya kisahkan menjadi sebuah bacaan yang mungkin akan jadi menarik. Yeyy! 

Idea kering tapi sudah kena hujan tadi, jadi, nak dijadikan cerita, saya pun demam. dan itulah kisahnya. Walaupun ini bukan kisah yang sebenar, tapi boleh jadi intro kepada para pembaca kan. ~adusshh, tak mengaku anak murid lah cikgu BM saya nih. hihi.

Tajuk hari ini, konvo tinggal kenangan. Kisah nya bermula begini.



Saya sudah habis belajar.


Beria-ia lah konon mau pergi konvo, tapi bila hari konvo lagi dua minggu,
bajet tidakkk cuukuupppppp......


Semua sudah prepare, termasuklah kasut buruk ni. Yalah, Kolej syaratkan kasut 
hanya warna gelap yang bertutup dan tumit tidak tinggi 
melebihi 2inci. *sangat menyedihkan.


banyak sebab lain lagi yang tidak mengizinkan saya pergi ke tanah kelantan tu lagi,
cehh, ayat minta puji lagi mengada-ngada!
Nampak gambar kartun yang tak berapa mau lawa tu, 
inilah kerja saya. Hari cuti melukis,
hari sekolah mengadap budak-budak riang~


Aipp, belom habis lagi ! perasan kan saya letak tajuk tu "Konvokesyen 2013". Itu maknanya saya nak sambung belajar lagi. So, tidak perlu sedih-sedih lah, konvo akan datang ada lagi. Konvokesyen 2013 tinggal kenangan jak lah.

p/s : sambung di UKM, insyaAllah.


30 orang Pertama Islam



Jika kita tanya pelajar-pelajar sekolah yang arif pada sejarah mengenai orang pertama yang mencipta telefon, tentu dengan mudah mereka menjawab Alexander Graham Bell. Tapi jika kita tanya siapakah orang pertama yang menulis perkataan Bismillah? Tentu mereka terpinga-pinga, apatah lagi kita, kan?... Jom baca, sedikit perkongsian daripada rakan-rakan, saya taip balik bagi kamu baca. Actually, saya pun ada juga baru tahu...hehe.

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
  2. Orang yang pertama minum Air ZamZam : Nabi Ismail AS
  3. Orang yang pertama Berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari Qiamat : Nabi Ibrahim AS
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari Qiamat : Nabi Adam AS
  6. Orang yang pertama mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar RA (Ibu Nabi Ismail AS)
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari Qiamat : Nagi Muhammad SAW
  8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam : Abu Bakar As-Siddiq RA
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh Hijrah : Umar Bin Al-Khattab RA
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan dalam Islam : Al-Hassan Bin Ali RA
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAAW : Thuwaibah RA
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam (lelaki) : Al-Harith Bin Al-Halah RA
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam (perempuan) : Sumayyah Binti Khabbat RA
  14. Orang yang pertama menulis Hadis didalam Kitab/Lembaran : Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash RA
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad Bin Abi Waqas RA
  16. Orang yang pertama menjadi Muazzin dan melaungkan Azan : Bilal Bin Rabah RA
  17. Orang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah SAW : Ali Bin Abi Thalib RA
  18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Rasulullah SAW : Tamim Ad-Darv RA
  19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az- Zubair Bin Al-Awwam RA
  20. Orang yang pertama menulis Sirah Nabi SAW : Ibban Bin Othman Bin Affan RA
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah Binti Khuwailid RA
  22. Orang yang pertama mengasaskan Usul Fiqh : Imam Syafi'e RH
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali Bin Abi Thalib RA
  24. Orang yang pertama menjadi Raja dalam Islam : Muawiyah Bin Abi Sufian RA
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun AR-Rasyid RH
  26. Orang yang pertama mengadakan Baitul Mal : Umar Al-Khattab RA
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Nabi SAW : Ali Bin Abi Thalib RA
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab Bin Umair RA
  30. Orang yang pertama masuk kedalam Syurga : Nabi Muhammad SAW.


Sudah tahu kan... Haa, boleh lah buat teka-teki dengan kawan-kawan.



Menambah 'Entry'



Assalamualaikum.
Uwargh...! Nantok nye ~~ ayat minta puji sudaaa.
Hihi. Selamat malam semua. Lewat saya buat entry
for this day...
Yea, post title pun memberitahu yang saya ni just 
menambah entry yang sekian lama tak aktif. ~HAHA

*cuba teka gambar ni di ambil pada tahun bila?
Time ni saya gemok!!!

Okeh, 
Di dalam kebosanan melanda, kepenatan mencengkam-cengkam
pada jari runcing saya yang sememangnya ada lawa sikit (syukur!),
still boleh menaip, menulis, dan mencurah idea yang serba kekeringan,
sama kering dengan poket dan tekak ku. 
*apa kaitan pula dengan poket? tekak?

POKET = duit belanja tak ada!
TEKAK = saya dahaga laaa...

Saya still mau menulis @ menaip di ruangan serba canggih ni.
Jeles lah tengok kawan-kawan punya blog. Always 
penuh dengan kisah-kisah baharu,
dan perkongsian yang boleh tahan menarik!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bilang diurang.
So saya berabis lah ni, menaip di tengah malam setelah puas
mencari rezki. *Saya sekarang sedang cari kerja~

By the way, good night lah semua. Tengok macam dah banyak yang
saya taip. Rajin bah si edu ni bilang si kawan~HAHA.

babai, peace yo!!! Wassalam.