Selamat Hari Raya 2013


Assalamualaikum ! Peace yo !

Oii...In Shaa Allah esok lusa raya sudah! Best nya! Alhamdulillah dapat jugak kita habiskan Ramadhan ni kan. Walaupun secara jujurnya tak penuh puasa (sebab Allah bagi cuti lah), tapi takda yang sengaja saya ponteng tau. Okeh-okeh, kalian pulak full tak puasa tuhh? ~tepuk dada tanya iman'kan, hehe.

Syawal tahun ini kamu sambut meriah kah tidak? Tahun ni sambutan raya di rumah sendiri macam tak meriah jak, seriously. Maybe sebab baru balik dari kolej, mood raya tu tertinggal dekat kolej nun di kelantan sana. haha. Sambutan raya kamu bagaimana? mesti best kan. Dah pasang langsir baru? Karpet baru? Tikar baru? Jemputlah saya datang beraya rumah kamu, heheheh. Saya pulak yang minta dijemput. adoi.

Anyway, meriah kah atau tidak, itu belakang kira, betul?. yang penting kita berjaya menghadapi ujian sepanjang ramadhan dengan jayanya. Yang dapat puasa penuh tu tahniah lah. Yang tak tu jangan buat-buat lupa nak ganti pulak. nanti berganda masuk tahun seterusnya. Ingat, puasa tu wajib di ganti. kalau dah wajib namanya, maka berdosalah kita tinggalkannya. hehe, boleh masuk ustazah pilihan kah? (berkongsi ilmu tu tak salah kan...)

Adalah saya terbuka site kawan kita ni yang saya dapat dari shoutbox tepi tuh, memaparkan pelbagai video pengajaran tentang sayangi orang tua dan macam-macam lagilah sesuai dengan timing ramadhan. Satu video tu memang menyentuh perasaan betul dekat hati ni. So.. kalau nak tengok ada kat bawah ni. Video ni pernah ditayangkan di RTM dan TV3 suatu ketika dulu. takpa-takpa, yang dah tengok nak tengok semula pun boleh ja.

Okeh, setakat itu dulu entry kali ini. Selamat menyambut aidilfitri semua. Maaf kan saya zahir dan batin kepada semua, manalah tahu kita tak pernah kenal tapi dekat blog ni tiba-tiba kamu ada terasa hati ka. huhu. Kepada kawan-kawan yang mengenali saya, sincerely saya mohon ampun kalau ada salah saya yang saya belum minta ampun. Ampunkanlah hamba. hehe. Semoga kita berjumpa lagi di ramadhan akan datang, In Shaa Allah,... amin. babai. Wassalam. 











1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih