Saya Tamat Pengajian



Salam Subuh semua. Sudah bersahur? Pagi 19hb Julai 2013 hari ni. Subuh-subuh lagi saya buka laptop. Semata-mata untuk buat entry baru. Haha. Okey. Kelihatan seperti mengada-ngada di situ. Apa pun ini sebenarnya kebetulan. Sementara tunggu waktu subuh yang akan menjelang. tidak buang masa sekiranya saya menaip untuk benda alah ni kan. Hihi. Seriously. ramai diantara kita yang masih tidur waktu-waktu macam ni kan. Lepas sahur tarik selimut semula. Jaaangaaan macam ni ye! Nanti terlajak tidur. Solat pun tidak.

Hari yang boleh dikatakan indahlah bagi saya. Sebab apa? 18hb Julai bersamaan semalam adalah hari terakhir saya menduduki pepeiksaan semester akhir buat saya. Wuhuuuu! Hepi tak. Hepi tak? Tentulah hepi. Saya tidak perlu menyerabutkan kepala lagi untuk fikir perkara itu dan ini. Tambahan pula. Saya akan dapat diploma saya pada bulan 10 tahun ini juga. Alamak ai! diploma je kut! Orang lain dapat degree tak kecoh pun. Hari yang indah bagai lah. Whatever you wanna to say. SAYA TIDAK KISAH. Haha. Ini adalah perjuangan individu bukan? Tentulah kita akan rasa lebih proud sebab berjaya melepasi banyak halangan dan dugaan sepanjang 3 tahun untuk dapatkan skrol diploma tu. Uisshh! Bangga tak bangga ini merupakan hasil usaha kita. 

Ramadhan tahun ini akan jadi saksi saya (kami). Aik. kenapa 'in bracket' perkataan kami tu? Maksudnya saya dan kawan-kawan yang se'intake dengan saya la. Okey-okey. sambung! Ramadhan tahun ini jadi saksi kami berjaya melepasi tahun akhir kami di kolej tercinta. Terima kasih lah kepada semua kerana kalau bukan kolej ini. kami takkan dapat menghabiskan diploma ni.



Inilah batch kami. September 2010.



Okey-okey. Bai semua. Selamat menunaikan tanggungjawab. Apa-apa je yang kita lakukan semoga sentiasa dipermudahkan. Assalamualaikum!



2 comments:

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih