Saya Mau Tukar Bah


Assalamualaikum kamu semua! Alhamdulillah. Kesempatan untuk buat entry baru masih ada. Lagi-lagi di bulan yang mulia ni kan. Rasanya agak lama juga saya tinggalkan dunia blog saya ni. Kesibukan ni menghalang saya untuk menaip-naip dan mencurah-curahkan segala idea yang berlambak-lambak. Tapi yang dulu lah. Sekarang idea-idea tu sudah hilang. haha.

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua ya. Bulan ni bukan kita sekadar puasa daripada makan dan minum. Tapi puasa daripada perkara-perkara yang boleh menjurus kepada 'dosa' itu lebih berkat. Kan3x? Okey. Dah menggatal dah dia bagi orang ceramah. ~hehehe

Sebenarnya sempena saya sudah tamat belajar ni. Aiseh! tengok tu siap bold n highlight purple lagi. Saya dah habis belajar dah. Now. tunggu bulan 10 akan datang ni untuk majlis konvokesyen. Yeyy! Okey. continue balik yang tadi tu. Sebenarnya saya mau tukar tema dan background bha ni. Tapi...the big problem is blog saya ni dah kena pasang interface baru. Aiyaa! dah try dah banyak cara tapi tak reti lah. Nanti tak pasal-pasal template hancur. Ada juga saya cari 'old interface dashboard' seperti yang dicadangkan blogger lain. Tapi kenapa erk tekan simbol setting tapi tak jumpa perkataan tu??? Adoi...Macam mana ni??? Saya mau tukar jugak. Nak ubah header. background. layout. lagu. dan macam-macam lagi.




No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih