Ingin Yang Terbaik

Huihhh....tajuk tu bukan main lagi ye. Ingin yang teeeerrbaik !! Terbaik apa? Bagi yang ada matlamat dalam hidup sudah tentu ingin yang terbaik dalam hidupnya. Tak kira la samada yang terbaik dalam pelajaran, kerjaya dan seterusnya dalam kehidupan berkeluarga.

Okeyhh.., sebelum kita pergi lebih jauh, PAb nak tanya dulu. Apa khabar kawan-kawan semua? Adik-adik yang baru selesai peperangan UPSR tentu sudah boleh melepaskan resah gelisah setelah semua selesai kan. Bagi adik-adik yang bakal menjalani PMR lagi beberapa hari tu tentu sudah berdebar-debar dan tak kurang jugak yang takut, betul tidak? Begitu jugak adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Yang penting dekat sini PAb nak ingatkan dekat adik-adik, jangan tension-tension tau. Jangan stress. Kalau rasa dah stress sangat tu, ambillah masa untuk rehat, ambil wuduk dan berdoalah banyak-banyak. Merintih dan memintalah kepada-Nya. Bagi yang bukan muslim, tidak salah pun berdoa agar di mudahkan segalanya. Tambahan lagi, adik-adik boleh berjalan-jalan ke tempat yang boleh melapangkan fikiran.

Sengaja PAb kaitkan mengenai peperiksaan yang besar-besar ni. Sebab semua pernah rasa kan bagaimana perasaan apabila kita akan menghadapi suatu ujian. Kita mengimpikan yang terbaik dalam pelajaran kita. Menginginkan yang cemerlang dalam hidup. Tips di sini yang paling berkesan adalah DUIT. Wahh !! Duit??! Not money ok. Taaaaapppiiiii....
  1. DUIT        - selalu berada disampingNya. maksudnya di sini, sentiasalah mengingatinya di samping berdoa. Bila berdoa tu berdoalah sungguh-sungguh. Sepenuh hati. Amalkan selalu disetiap waktu. Kalau boleh buat tambahan solat. Bukan solat yang ditambah-tambah tau, tapi solat hajat dan solat sunat yang lain.
  2. USAHA      - Okeyh, doa je tak cukup tau. tapi kena la sekali dengan usaha. Nak berjaya dalam pelajaran, kena lah study banyakkan ulangkaji. Nak berjaya dalam kerjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bukan nak curi tulang sahaja, mahupun asyik mencari alasan untuk mengelak daripada membuat kerja.
  3. IKHTIAR     - Ikhtiar. Terfikir sejenak PAb macam mana nak terangkan ikhtiar ni. Hm, dipendekkan, ikthiar sama jugak lah memikirkan cara untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. seperti ingin mencapai keharmonian dala suatu hubungan. Apa perlu kita buat? Sudah tentu dengan cara berbaik-baik....kan?.
  4. TAWAKKAL - Akhir sakali barulah kita tawakkaltu 'Alallah. Setelah semua yang kita buat kat atas tu, kita serahkan kepada Allah. Biar Dia yang tentukan perjalanan hidup kita samada kita akan berjaya mahupun tidak. 
Kita harus ingat bahawa apa yang kita minta Allah tidak akan bagi terus. Tapi Allah akan uji dulu hamba-hamba-Nya, barulah nikmat kejayaan itu diberi. Allah hendak lihat dulu sejauh mana kesungguhan kita untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

Semoga, kita semua mendapat yang TEEEEERBAIK dalam hidup. Selamat beramal...