Cubit - cubit Sayang ???


Assalamualaikum wbt semua…
syukur ke hadrat Khaliq diatas kurniaan iman,islam serta nafas yang berterusan buat kita hamba yang sentiasa lalai…*bunyi macam dah jadik ustazah nampak nye putri nih

Setelah sekian lama putri tak entry nih, tiba-tiba tercetus satu idea putri nak kongsi something buat pembaca yang sering mengikuti blog putri…*walaupun sebenarnye korang semua bosan,,huhu ya tidak. Baru-baru nih putri ada terbaca kat satu buku tu…tak payah la putri gitau nama buku tu ye, nanti korang baca buku tu tak nak pula baca kat entry putri nih…huhuh. Baiklah, tanpa melengahkan masa nak taip untuk korang nih, tajuk artikel tu adalah………jeng, jeng, jeng,…

 
Cubit Kasih Sayang Buat Si Manja

Amacam??? terkejut takheheh. Kenapa lah erk idea nih yang putri nak kongsitak ada benda lain kew???...huhuapa-apa pun selamat membaca

Korang pernah dengar “cubit-cubit sayang eh..silap. “cubit-cubit sayang. Pernah? Ya, suami mencubit isteri dan isteri pula mencubit suami dengan penuh kasih sayang, kemanjaan dan kemesraan. Maksud putri, bukanlah nak cubit selalu sampai biru jadi nyeBukanlah mesti cubit setiap hari nanti jemu malah sampai mencederakan..bukan jadi manja tapi bercakaran sesame*hehehh.
            Cubit-cubit sayang itulah cubitan manja yang sekali-sekala menjadi penyeri, hubungan suami isteri hidup dalam pancaran Mawaddatan Wa Rahmah(kasih sayang dan rahmat).

Cubitan Rasulullah
Rasulullah SAW dan sekalian Ummahatul Mukminin(Saidatina Safiyyah) adalah pasangan yang sungguh bahagia dan paling romantik yang pernah hadir di muka bumi ini. Bak kata orang “so sweet..ya tidak??? Kita yang melihat pun jadi bahagia sekali. Allah SWT mahu kita mencontohi kehidupan Rasulullah SAW, khasnya di dalam tatacara serta adab baginda dan ummahatul mukminin menguruskan kehidupan berumahtangga.
            Daripada Ummul Mukminin Safiyyah r.ha., beliau berkata, “Saya tidak pernah menyaksikan seorang yang akhlaknya lebih baik daripada Rasulullah SAW. Suatu malam Rasulullah SAW talah membonceng(membawa) saya di bahagian belakang untanya. Saya mulai mengantuk lalu Rasulullah SAW mencubit saya dengan tangannya seraya berkata: “Duhai orang ini, tahan sikitlah(jangan cepat mengantuk). Duhai Putri Huyay! Baginda berkata lagi: “Duhai Safiyyah, aku minta maaf kepadamu atas perlakuan aku terhadap kaummu kerana mereka telah mengatakan bahawa saya begini dan begitu. (Riwayat Ibnu Asakir dan Abu Nuaim)
         Peristiwa di atas berlaku sebaik sahaja selesai akad nikah Rasulullah SAW dan Ummul Mukminin Safiyyah r.ha. iaitu dalam perjalanan mereka kembali ke Kota Madinah. Kenapa Rasulullah SAW mencubit ummul mukminin, Saidatina Safiyyah r.ha.? Ia kerana Rasulullah SAW mahu mengajaknya menjadi teman bicara. Cubitan sayang Rasulullah SAW itu telah mengejutkan Saidatina Safiyyah daripada terus tidur. Betapa romantiknya Rasulullah SAW kan??? Sangat manis bila dilihat.
            Baginda SAW mengejutkan Saidatina Safiyyah r.ha. juga adalah kerana ingin memohon maaf. Kenapa baginda memohon maaf? Kerana Rasulullah SAW (dan para sahabat) telah memerangi kaum Saidatina Safiyyah ( iaitu kaum Yahudi) kerana mereka telah melanggar perjanjian baginda. Begitulah cara Rasulullah SAW menzahirkan rasa cinta dan kasih sayangnya kepada Saidatina Safiyyah r.ha.

 
Bagaimana pula dengan kita?? *ehh, ehh,...bagi yang sudah berkahwin ye
Pembetulan, bagaimana pula dengan isteri-isteri dan suami-suami sekarang? 
Masih wujudkah cubit-cubit sayang dalam mengejutkan 
pasangan masing-masing daripada tidur? 
Kalau hendak dikata cubit-cubit sayang di awal perkahwinan mungkin masih wujud,
 tapi bagi yang dah selalu buat sebab jemu???huhuhu…
entah-entah diherdik dan ditengking pula.wallahu'alam.

Anyway, putri tak nak lah buat konklusi. Sebab kita semua tahu konklusinya, ya tidak?
 Moral of this story…*chehh, macam  bercerita pula. 
Apa-apa pun, jom ikut sunnah Nabi!!!


2 comments:

  1. da boleh kawen ni..:-) jgn lupe ajk nti k..heheh

    ReplyDelete

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih