Tautan Hati




Ayat Allah cukup menggetarkan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan
buat hambaNya yang bermalas-malasan
senantiasa mencipta alasan
liat dengan dakwah dan peningkatan

Mahu diketuk berterusan
tidak menjadikan penggeraknya Iman
cinta Allah dibuat khayalan
bimbang kelak diri akan terbuang
daripada jalan dakwah, penuh ujian
dibiarkan Allah dengan keasyikan
tertipu dengan jalan kehancuran!

Ketahuilah Puteriku
Allah memelihara jalanNya 
agar disusuri hati yang bersih
sarat Ketaqwaan
merindui wajahNya
jua keredhaanNya
itulah jiwa insan pejuang
bimbingilah sayangku
Daripada memiliki jiwa munafik
bertopeng ketaatan.


Credit to :
TAUTAN HATI
Fatimah  Syarha  Mohd Noordin


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih