Halaqoh Cinta???


Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita

Jika sepasang kekasih ber’dating’ di taman

Kita tidak sabar-sabar ‘dating’ dalam halaqoh
    Jika kita sepasang kekasih bercumbuan dan sembunyi
    Di bawah cahaya rembulan, berduaan , jauh dari orang
    Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang
    Tanpa takut dan bimbang

Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah
Kita berhibur dengan kalamullah
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu
Kita berkasih atas landasan ukhwafillah,
Bebas dari dorongan nafsu semata
    Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja
    Kemahuan kekasihnya
    Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan
    Apa sahaja kemahuan Pencipta kita

Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama
Saling menasihati agar makin berkulaiti
Mengikut apa kehendakNya...  

Credit to : Ustazah Fatimah Syarha

   

No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih