Buat Temanku


Sedarlah temanku

Kita musafir di dunia

Kita pulang kepadaNya

Hidup di dunia akan ditanya

Adakah kita isi dengan sebaiknya

Atau keseronokan semata-mata

Mahukah kita hidup terhina

Tanpa ilmu sebagai bekalnya

Kelak di sana rendah darjatnya

“Allah akan mengangkat orang beriman

Diantara kamu dan orang berilmu dengan

Beberapa darjat” (Surah Al-Mujadilah:11)



Temanku

Renungilah sebiji cawan

Jika tidak dituang air

Molekul udara akan memenuhinya

Begitu juga dengan diri kita

Jika tidak di isi dengan iman

Masuklah syaitan bermaharajalela

    Diri kita perlu perisisan

    Dengan ilmu agama

    Agar hidup dekat denganNya

    Barulah hatimu tenang bahagia



Temanku

Bangkitlah dari lenamu yang panjang

Dan tidak pernah berkesudahan

Sekali keu terjatuh jangan biarkan dirimu

Jatuh untuk selamanya

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula

Dan mara berlari kencang mencipta taufan

Berjuanglah temanku sayang

Tanpa mengenal penat dan jemu

Biar hidup kita derita dengan usaha

Kelak kita akan di mulia

Jika tidak di dunia nun di syurga sana

credit to : Ustazah fatimah Syarha

 


No comments:

Post a Comment

Aku bukanlah yang sempurna
Terima Kasih